Aku Bukan Superman

Wednesday, October 26, 2011

Hidup-hidup!


Assalamualaikum!
Yeah!
Ade bende aku nak tulis!
Tajuknye, 'Kisah Ikut Orang'...
Kisah yang ni bukan pasal orang lai...
Tapi, 100% pasal aku...
Aku dah menaip di blog semula...
Sebabnye?
aku terikut-ikut kawan aku yang mula membuka blognya semula!
Yeay!
Ye, aku memang suke ikut-ikut orang...
Positif atau negatif, bergantung...
Anyway, thanks to Abel Billah kerana bukak balik blog kau...
Dan aku pon terikut-ikut...

Sekian...

Monday, August 8, 2011

Puasa Ka....?


Assalamualaikum!
Yes...setelah sekian lama tak menaip,aku mengambil keputusan untuk bersenam sedikit(jari sahaja) 
dan menulis di blog ku ini.
Kalau diikutkan,aku xda idea pun nak menulis. 
Tapi,dari takde wat ape2 menunggu waktu berbuka,baik aku tulis blog,kan?
Bercerita tentang puasa,memang ini adalah satu bulan yang mulia.
Maka,ramailah manusia yang berebut nak mencari pahala di bulan ini.
Aku pun ape kurangnye...So,banyakla status2 di Fb yang berkisarkan keagamaan di'update'kan.
Ini bagus...tapi,yang aku pelik,knape mase bulan Ramadan je datang keinsafan diri.
Tapi,bile abes je Ramadan,sume lupe balik..betul x?
Kadang2,ade plak yang solat Maghrib x,tp pg solat Terawih.
Camne tu?
Nak kata aku ni bagus,xla...aku pun skong kuar status2 camtu kt Fb.
Skurang2nye,saling mengingat antara kita.
Tapi,aku nak mengingatkan balik pada semua yang baca blog aku ni....
Jangan amalan begitu tamat bile Syawal menjelma...
Teruskan je kalau dah mula...
Dan marilah kite bersama memperbaiki diri semasa bulan yang paling berkat ini
Aku pun berusaha memperbaiki amalan aku semasa Ramadan ini..
Dan berharap ia dapat berterusan sampai bila2..
Renung2kan,dan selamat beramal...!!!

Thursday, June 30, 2011

Adapun Ianya Boleh Dikira Yang Atas Pijak Yang Bawah...

Assalamualaikum...
Yeahhh!Dah lame tak menaip kat sini!
Nak kata bz,xpon...tapi mungkin xda mood nak menaip...
Bak. Arini,aku nak menulis tentang sesuatu yang aku cukup tak puas hati...
Tentang asrama...
Aku telah diekejutkan dengan berita bahawa aku tak dapat duk dalam taun depan...
Shit!(dengan izin)
Lalu, aku menelepon pejabat asrama untuk mendapatkan alasan.
Dan untuk memberitahu bahawa aku telah mendaftar di pejabat asrama
(sepatutnya daftar online tapi aku ade denda yang masih tak dimansuhkan)
Dan dengan selamba gajah je perempuan(aku bukan seksis) yang menjawab telepon ku tadi menyatakan begini
"kalau macam tu,awak memang tak dapatla asrama"
yang aku tak puas ati,die langsung takde usaha pun untuk mengenalpasti mengapa perkara ini berlaku...
Lalu,aku menulis surat rayuan(yang masih tiada jawapan hingga ke hari ini)
Aku meneliti laman portal pelajar milik ku...
Dan,aku mengesan bahawa denda yang dimaksudkan,yang menghalang aku mendaftar secara online,telah aku bayar semasa pemotongan ptptn dibuat.
Dan,mereka tidak memansuhkan denda itu dari sistem mereka.
Dan itu perkara 4 bulan yang lepas!!!!
Bodoh!(dengan izin)
Dan mereka menyalahkan aku kenapa tak bayar denda yang menghalang aku untuk mendaftar secara online...
Tapi,apakan daya.Mereka di atas,aku di bawah.
Moga berkatlah gaji yang mereka dapat setiap hari...
Assalamualaikum...


Saturday, May 21, 2011

Agak Desperate Kelihatannya Di Situ...

Assalamualaikum...
Setelah genap 2 minggu aku balik ke kampung halaman, baru hari ni aku dapat idea menulis.
Ianya tentang 
"Membuatkan Diri Anda Kelihatan Desperate For Love Dengan Status-status Tentang Cinta Dan Mengutuk Orang-Orang Yang Bercinta Sedangkan Kau Sendiri Tak Pernah Bercinta"
Panjangnye tajuk aku..
Anyway, aku menulis ni di sebabkan aku perasan (noticed,bukan diriku yang perasan)
Ade seseorang di laman sosial Fesibuk asyik la mengeluarkan status tentang tajuk yang aku tulis di atas.
Bagi aku, ia nampak amat terdesak untuk menutup rasa malu atau rasa rendah dirinya.
Ok.Memangla Itu hak masing-masing. Tapi kalau diulang beribu kali,nampak desperado,kan?
So,fikirla sendiri.
Nak tulis,tulisla.
Tapi, aku akan tetap fikir kau DESPERATE!
Sekian...
Wasssalam...

Monday, May 16, 2011

Kerja Kosong...

Assalamulaikum...
Ni aku nak ceriter sket.
Aritu, aku ditawarkan kerja di sisi (cybecafe).
Tapi, dengan syarat. Aku kerja 12 jam n takdak cuti.
Aku pun "gulp"...
N reject tawaran itu.
Sekian. Habis.
Hahahah!
Moral? Aku takda idea nak tulis blog.
Hahaha!

Thursday, April 14, 2011

Durian Bukan Hipokrit....


Assalamualaikum...!
Dia mai dah!hahaha!
Malam tadi seronok menghabiskan masa dengan bermain game dengan senior...
Tapi yang xbeznya aku kalah.
Tapi,aku menang balik.hahah!
Urm...sudah dengan itu.
Study week dah mula.Tapi study xmula2 jugak.Haha.
Nape aku asyik gelak nie...
Anyway,semalam kua g pasar malam.
De la sorang kawan aku beli durian.
Syukrina (bukan nama sebenar) telah membeli durian di sini dengan harga 5.50 sekilo.
Dalam otak aku berfikir(mak aih,mahalnye)
tapi mungkin bagi di sini harganye munasabah.
sebab tempat tinggal aku,memang sampai je musim durian buah tu boleh jadi 1ringgit je sbijik.
50sen pon boley...
Ok.dah cerita pasal durian.
Nak cerita pasal kehidupan pulak.
Aku tertanya-tanya...
Satu benda ni yang selalu dipili sebagai benda yang paling dibenci wanita
Kenapa manusia perlu hipokrit?
Sebab,di sekeliling aku dapat aku lihat ramai manusia yang hipokrit.
Depan perempuan,buat2 macho.
Pastu,sebab perempuan jugak dia menyusahkan orang lain.
eh,bhai!
Ko kalau nak impress pempuan tu pon,xyahla nak susahkan orang lain.
Ikut ati aku,nak je aku lihat tapak kakiku di mukamu.
Tapi,aku orang yang penyabar.
Sabo je laaa...
Nasihat untuk para lelaki
Anyway,kita tak perlu nak jadi hipokrit untuk buat seseorang itu kagum dengan kita.
Juz be urself...
Aku tipula kalau kata aku tak pernah hipokrit.
Tapi,biasanya aku cuba untuk ak hipokrit.
Tak caye tanya orang yang kenal aku.
Aku takda nak cover2 depan perempuan or depan bakal mak mertua.
Aku selamba je buat lawak kurang bijak depan diorang.
HAHA!
aku gelak lagi...
panjang dah aku tulis nie.
Ok.Cukup sudah.
Sampai bertemu lagi.
Assalamualaikum!

Thursday, April 7, 2011

Pheww!


Assalamualaikum...
Good morning world!
Setelah berhempas pulas(tak bape sangat pun) selama beberapa hari,
Akhirnya!
assignment group siap juga...hahak!
Tapi...
Aku sikit tak puas hati...
Bukan dengan orang,
Tapi dengan diri aku sendiri...
Bukan ape,aku rase aku tak cukup menyumbang di dalam assignment semester ini.
Segan pun ade...
Hurm...
Entahlaa...
Ok,cukup tentang study...
Ini hal laen pulak.
Aku nak tanye pendapat la...
Kalau la ade orang yang bersalah pada korang,korang rase mana yang lebih baik?
a) Bagitau terus pada diorang
b) Lancarkan Perang Dunia Ketiga
c) Lancarkan Perang Dingin Kedua
d) Make2 dono jea
e) Semua di atas
Adela sorang kawan aku ni menghadapi masalah begini.
Satu pihak telah melancarkan Perang Saraf terhadapnya tanpa dia mengetahui ape kesalahan yang telah die lakukan.
Eh,keymon r,keymon!
Masing2 dah besar kot...
Matang r sikit.
Ada masalah,bincang same2.Bukan memulaukan orang lain tanpa sebab.
Itu perangai budak tadika bhai!
Pastu duk maki2 orang sesedap rasa...
Kalau r mak mertua dengar mulut kau camtu,
rasenye dia pon cancel walaupun kawen free...(paham2 la yea)
Anyway,tak nak tuding jari pada sesiapa.
Sedar-sedar la sedikit,akal yang ada jangan tak guna...
Hati yang hitam,jangan biarkan legam...
Same2 renungkan,dan selamat beramal!
Assalamualaikum...!

Friday, April 1, 2011

Lelaki Versus Wanita 2


Assalamualaikum!
Hye...Dear blog...
Setelah lama xjenguk blog aku nie,
Tergerak hati nak bukak.
Lalu,terpandang satu pesanan yang berbunyi,
“update lah!”
Ha,ni aku update lah...haha.
Semalam,wat yang Rm3 kol n msj free 2.(Kelkom)
Lalu.aku kol si dia.Puas ati dapat bercakap dengan yang tersayang.
Aku dan dia mengulang semula saat2
aku dan dia masih belum bercinta,baru2 bercinta dan macam2 lagi...
Setelah lama berbual, baru aku sedar si dia sudah lama membuka peluang pada aku,
Tapi aku yang sengaja wat2 xsedar...hehe.
Bahagianye rase.haha!
Ok. Cukup tentang aku.
Nak cerita sikit ni.(ayat skema)
Nak tanya sang wanita...
Apa pandangan anda jika seorang lelaki yang dah berpunya a.k.a ber”couple”
Rapat dengan wanita laen?
Setakat ini, gelaran yang biasanya sudah pasti lelaki itu dapat ialah
PLAYBOY
MAIN KAYU TIGA
CURANG
Tapi, kenapa ye?
Adakah istilah “couple”itu melarang seseorang daripada dia berkawan.
Keadaan ini jarang berlaku kepada wanita kerana lelaki akan berlagak cool atau macho 
dan tidak mahu dianggap mengongkong jika 
dia melarang kekasihnya rapat dengan lelaki lain(padahal dalam ati macam nak meletop)...
Jadi, sesiapa yang baca entri ni..
TOLONG BAGI JAWAPAN
Sebab aku nak sangat tahu kenapa...
Erm,ini je lah kot...
OK X CIK RAP RUP?
Hehe.Babai!
WASSALAM...

Tuesday, March 22, 2011

Assalamualaikum...
Hiyarghhhh!fuh!sedap menggeliat...
Hah!nak tulis pe pagi nie....
Yea2!
Taw dah! Aku nak tulis tentang aku...
Ramai yang anggap aku orang yang tak serius. Sebab aku suke gelak!Ya!hahaha!
Tapi...ketahuilah sesuatu. Selalunya apa yang aku cakap akan berkait dengan kehidupan.
Sebab?Aku suka melihat hidup dari sudut pandang yang lain.
Contohnya:

1. MARAH
    -Aku bukan jenis yang suke nak maki2 orang atau membentak sambil membaling barang2 yang ada di  sekeliling. Aku lebih suka mendiamkan diri atau senyum. Kalau aku membalas pun, mesti dengan cara yang lembut atau aku buat lawak.
2.  BERCAKAP
     -Aku selalu berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Jadi, mungkin aku lambat sikit(beberapa milisaat) untuk berkata-kata. Tetapi, aku manusia. Kadangkala akan terlepas cakap jugak.
3.  MENIPU  
     -Aku tak suke menipu. Sebab aku pegang prinsip “what you give, you get back”. Jadi, aku tak menipu untuk tidak ditipu.
4. PENGALAMAN
      -Banyak benda yang aku cakap berdasarkan pengalaman. Ayah aku, seorang peniaga di tepi jalan. Jadi, bila aku pergi membantunya, aku dapat kenal dengan ramai orang. Aku dengar macam2 cerita orang lain. Tetapi, masih ada orang yang wat muka bila aku bercakap berdasarkan pengalaman. Maybe die ingat aku menipu. Tidak mengapa. Macam biasa, biarlah dia dengan hidup dia...
Ok. Ini je kot orang patut tahu tentang aku.
AKU CUMA MAHU JADI LAIN DARI YANG LAIN!
WHY MUST WE FOLLOW THE SYSTEM WHEREAS WE CAN CREATE OURS?
ASSALAMUALAIKUM!

Monday, March 21, 2011


Assalamualaikum....

Dear blog...
Harini dalam kelas sociolinguistic,aku belajar tentang gender,age and politeness.
Dari pembelajaran aku, dikatakan wanita lebih "status concious" dari lelaki. Maksudnya,wanita lebih memikirkan tentang status berbanding lelaki. Jadi, bahasa yang digunakan lebih sopan berbanding lelaki. Kemudian, masuk satu topik yang agak menarik iaitu "language sexism". Ini berkaitan dengan bahasa yang digunakan sebagai perlambangan kepada wanita. Hurm,interesting...Satu yang menarik di dalam topik nie, wanita dianggap kurang sopan jika mereka menggunakan bahasa maskulin(lelaki). Dan aku terfikir, siapa yang beranggapan sebegitu? PULP! Mentol menyala. Aku taw! PEREMPUAN sendiri yang beranggapan bahawa jika seorang perempuan lain bercakap seperti lelaki, dia akan dianggap kasar. Contohnya, ibu anda. Dia orang pertama akan memarahi anda jika anda(wanita) bercakap kasar seperti lelaki. Bukan nak salahkan ibu mengandung, tetapi benda ini dah berlanjutan semenjak azali lagi. Di dalam agama kita sendiri mengajar begitu.Tujuan aku menulis benda ini bukan nak menyalahkan wanita, malah, aku sendiri suka wanita bercakap lembut. Kalau lelaki cakap lembut, seriau gak aku...Aku tulis sebab aku tak puas hati(asyik tak puas hati je aku). Kerana? Sesetengah pelajar PEREMPUAN di dalam kelas aku bersikap agak seksis kerana menganggap lelaki yang mengujudkan persepsi sebegini. Tolongla...Kita semua manusia, sama sahaja. Yang membezakan kita cuma jantina dan warna kulit(aku cerah sikit kot.haha!). Benda ni dah kolot serta tidak relevan lagi dalam zaman sekarang sebab lelaki atau wanita, status dah sama, bahasa pun sama jea. Jadi, jangan anggap lelaki yang mencipta persepsi bahawa wanita PATUT berbahasa lembut serta wanita lemah jika mereka berbahasa lembut... Renung-renungkan dan selamat beramal...
ASSALAMUALAIKUM!

Sunday, March 20, 2011

Matang+Mature=Dewasa

Assalamualaikum....Dear Blog...
Haha. Cam mengade-ngade jea. Arini aku nak tulis tentang menjadi matang dengan semua tindakan yang dilakukan. Dah bace entri sebelum nie? Kalau tak, g bace dulu. Baru ley faham. Setelah berfikir selama beberapa hari, jam, minit, saat serta milisaat, aku mula sedar perkara yang aku lakukan terhadap sahabatku tempoh hari agak kurang matang. Kerana, jelasnya niat beliau juga ingin bergurau namun disalah ertikan oleh aku sendiri. Lalu, aku sendiri telah memohon maaf daripada dirinya demi untuk menjernihkan persahabatan kami semula. Dan nyatanya, setelah berbincang dan menjelaskan kesemuanya, perkara ini cuma perkara remeh sahaja namun telah diperbesarkan. Tapi, masih ada pihak yang terus menerus menangguk di air yang keruh. Macam biasa ayat aku, "biarlah dia terus dengan dunianya"... Aku akan tetap teruskan hidup aku...Anyway, thanks kawan! Sahabat! Friends! Ape-ape je!

Lupe plak.. Aku sekarang suke wat video...kalau nak tengok, meh ushar2 kat fb aku. Klik kt video. Ade 3 xsilap aku. De idea nanti, aku wat lagi...
Baiklah... Sampai di sini sahaja warkah saya.
Nanti de lagi, saya tulis lagi ya!(cam indo plak)
Wassalam...

Wednesday, March 16, 2011

Tuu dia...Nasihat Sudah Mai!


Assalamualaikum...
Yarghh!
Idea sudah mari!hahahaha!(psiko)
Dan tidak seperti lazimnya di mana idea aku datang dari keadaan bersawai...
Kali ini idea aku datang dari seseorang...
Ianya bermula apabila tangan aku gatal menulis komen begini pada satu gambar sahabat : 
"kapel r lame2 sgt...borin nt...lalala~"
Dan lumrahnya aku jarang serius dalam apa yang aku perkatakan atau luahkan (except for this blog)
dan lalala~ itu simbol aku hanya bergurau...
Lalu,aku dibalas dengan statement yang berbunyi begini :
"jgn pcy ckp org2 yg kt cpl lme2 tue boring.tue tndenye die cpl xiklas,
xspnuh ht,n hny nk sronok2 jer bkn nk bw hubgn tue jd hubgn yg HALAL ..klu da hlal 2 kan lbih bmkne .."
Lalu aku tertawa...bunyinya begini : 
HAHA!
Bak kata salah seorang memberku Syukrina(bukan nama sebenar)
Capital CAPS LOCK h.a.h.a
Okey...sambung balik...
Aku bukan manusia yang tidak boleh menerima pendapat atau nasihat orang lain...
TETAPI,
Aku tak suke orang yang menganggap sesuatu yang seharusnya FUNNY,
SERIUS! 
Itu dia!
Untuk pertama kalinya aku menulis entri dalam keadaan yang MARAH! 
Dan sedikit terkilan...
Kerana sepatutnya dia tahu aku ni orang yang bagaimana sebab dia merupakan salah satu kawan rapat aku... 
Tapi,
tak mengapalah...sebab entri aku sebelum ini pun tentang memahami sesama kita...
Jadi,mungkin dia xfaham aku lagi seperti dulu...
Anyway,best of luck my friend!
Harapnya kau akan jadi manusia yang geliga atau mejadi kaunselor yang berjaya...
If God will...Insyallah..
Salam Sayonara dari sahabatmu yang selalu cuba memahami hati kamu yang beku... 
Adios...eh,wassalam... 

Monday, March 7, 2011

Lelaki Versus Wanita


Assalamualaikum...
Hah!dpt dah idea!
sedang termenung di dalam jamban,aku terfikir tentang dua jantina ini
(di mana aku adalah salah satu dari jantina tersebut)
aku ni ramai kawan perempuan dan banyak pengalaman dengan perempuan.
jadi, aku sering berhadapan dengan situasi di mana apa yang dituturkan oleh seorang perempuan akan di salah ertikan oleh sang lelaki.
contohnya, perempuan itu berkata "saya suka gaya awak".
Akan tetapi.sang lelaki akan menganggap dialog itu begini "saya suka awak dan nak jd gf awak".
Dalam situasi begini,siapa yang patut dipersalahkan yea? 
Lelaki?
Atau Wanita?
Adakah wanita sering mengeluarkan ayat yang mengelirukan sehingga mereka digelar kaum yang sukar di fahami?
Atau si lelaki yang sering menyalahertikan kata2 si wanita?
BUkan nak salahkan sesiapa, tapi perkara ini kadangkala agak merimaskan bila si lelaki asyik perasan sedangkan niat perempuan itu lain. 
Jadi, apa kesudahannya?
Yang lelaki terus perasan, yang perempuan pulak perasan yang lelaki itu perasan...
Geddit?
Ape2pun, aku suka ayat ini...

Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu,
Mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi,
Bahwasanya kamu memang tiada daya dan upaya,
Serta kekuatan untuk melenturkan kebenaran yang sejati.

Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita?
dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda,
Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghomati?
Bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata... 

Thursday, March 3, 2011

Ketika Kecilku...


Assalamualaikum...hehe.dh de 6 follower (bangge2). Hurm, sedang aku lepak2 tadi,tibe2 tringat zaman aku kecik2 dulu. Tibe2 je rindu plak. Tringat mase mandi parit dpn umah arwah tok wak(umah atuk aku) walaupn air parit 2 xbpe bersih. Hehe. Sungguh bahgia saat itu sebab xda pon nak fikir pasal ape2 yang merunsingkan fkiran. Sebagai contoh, assignment yang berlambak tanpa ada idea nak mulakn camne atau duit yang semakin kekurangan tapi perot lapar ataupon nak dapat pointer 3 ke atas. Pening kan? Nyatanya aku merindui zaman itu. Zaman mak aku suap aku makan walaupun sekadar nasi, kicap dan ikan kembung goreng. Itupun dah cukup sedap bagi aku sebab dapat rasa tangan mak yg suap. Sesungguhnya, aku rindu mak aku dan family aku...(bergenang air mata)...itu jela..da xley nak tulis,nanti aku nangis plak...wassalam...

Sunday, February 27, 2011

Idea.Mari+Sudah!

Assalamualaikum...
hye,hoy...
Aku baru pas tengok gambar2 orang gatung diri.
Motif?
Da xda keje.Hahahaha!(psiko)
Then aku terfikir,nape diorang ni bunuh diri atas sebab2 yang kecil.
Contohnya,
KECEWA DENGAN CINTA!
Eh, ape da xda manusia lain ke dalam dunia ni yang ko nak peras(frust) menonggeng sampai nak bunuh diri?
hahahaha!(psiko again)
Bagi aku, tak perlu nak give up dalam cinta nie.
Sebab, 
cinta itu ada je di mana2.
Kite je perlu cari. Dan yang paling penting,
Bile mencari, 
JANGAN PAKAI MATA!
JANGAN PAKAI NAFSU!
sebab, at the end of the day,
yang penting,
HATI yang ikhlas kunci utama KEBAHAGIAAN!
Wassalam...

Thursday, February 24, 2011

Aku.Lelaki=Lelaki.Aku

Assalamualaikum...!
Selalu aku dengar ayat camni "Arhh,sume lelaki same jea,nak amek kesempatan je atas wanita"...
kebiasaannya, ayat ini akan keluar dari mulut wanita dan kalau adapun sekali sekala dari mulut mereka yang menghadapi kecelaruan jantina. Betul ke semua lelaki macam gitu?
TIDAK SAMA SEKALI!
kerna,masih ada lelaki yang mempunyai hati yang jujur lagi bersih, suci diyakini bak minyak masak seri murni
(aku ni spesis ni r...serius!)
Bagi aku, segala yang berlaku terhadap anda(wanita) adalh untuk pengajaran sendiri. Sebab, kadangkala anda yang memberi peluang itu untuk terjadi. Jadi, rajin2kanla jari tu untuk menuding kepada diri sendiri jika tidak pandai memilih pasangan.
Kerna, ramai lagi lelaki dalam dunia nie(walaupun semakin pupus)
Anyway, banyak musang berbulu ayam...So, pilihla itik. Sebab musang alergik dengan bulu itik.haha!
Wassalam!