Aku Bukan Superman

Thursday, June 30, 2011

Adapun Ianya Boleh Dikira Yang Atas Pijak Yang Bawah...

Assalamualaikum...
Yeahhh!Dah lame tak menaip kat sini!
Nak kata bz,xpon...tapi mungkin xda mood nak menaip...
Bak. Arini,aku nak menulis tentang sesuatu yang aku cukup tak puas hati...
Tentang asrama...
Aku telah diekejutkan dengan berita bahawa aku tak dapat duk dalam taun depan...
Shit!(dengan izin)
Lalu, aku menelepon pejabat asrama untuk mendapatkan alasan.
Dan untuk memberitahu bahawa aku telah mendaftar di pejabat asrama
(sepatutnya daftar online tapi aku ade denda yang masih tak dimansuhkan)
Dan dengan selamba gajah je perempuan(aku bukan seksis) yang menjawab telepon ku tadi menyatakan begini
"kalau macam tu,awak memang tak dapatla asrama"
yang aku tak puas ati,die langsung takde usaha pun untuk mengenalpasti mengapa perkara ini berlaku...
Lalu,aku menulis surat rayuan(yang masih tiada jawapan hingga ke hari ini)
Aku meneliti laman portal pelajar milik ku...
Dan,aku mengesan bahawa denda yang dimaksudkan,yang menghalang aku mendaftar secara online,telah aku bayar semasa pemotongan ptptn dibuat.
Dan,mereka tidak memansuhkan denda itu dari sistem mereka.
Dan itu perkara 4 bulan yang lepas!!!!
Bodoh!(dengan izin)
Dan mereka menyalahkan aku kenapa tak bayar denda yang menghalang aku untuk mendaftar secara online...
Tapi,apakan daya.Mereka di atas,aku di bawah.
Moga berkatlah gaji yang mereka dapat setiap hari...
Assalamualaikum...