Aku Bukan Superman

Sunday, February 27, 2011

Idea.Mari+Sudah!

Assalamualaikum...
hye,hoy...
Aku baru pas tengok gambar2 orang gatung diri.
Motif?
Da xda keje.Hahahaha!(psiko)
Then aku terfikir,nape diorang ni bunuh diri atas sebab2 yang kecil.
Contohnya,
KECEWA DENGAN CINTA!
Eh, ape da xda manusia lain ke dalam dunia ni yang ko nak peras(frust) menonggeng sampai nak bunuh diri?
hahahaha!(psiko again)
Bagi aku, tak perlu nak give up dalam cinta nie.
Sebab, 
cinta itu ada je di mana2.
Kite je perlu cari. Dan yang paling penting,
Bile mencari, 
JANGAN PAKAI MATA!
JANGAN PAKAI NAFSU!
sebab, at the end of the day,
yang penting,
HATI yang ikhlas kunci utama KEBAHAGIAAN!
Wassalam...

Thursday, February 24, 2011

Aku.Lelaki=Lelaki.Aku

Assalamualaikum...!
Selalu aku dengar ayat camni "Arhh,sume lelaki same jea,nak amek kesempatan je atas wanita"...
kebiasaannya, ayat ini akan keluar dari mulut wanita dan kalau adapun sekali sekala dari mulut mereka yang menghadapi kecelaruan jantina. Betul ke semua lelaki macam gitu?
TIDAK SAMA SEKALI!
kerna,masih ada lelaki yang mempunyai hati yang jujur lagi bersih, suci diyakini bak minyak masak seri murni
(aku ni spesis ni r...serius!)
Bagi aku, segala yang berlaku terhadap anda(wanita) adalh untuk pengajaran sendiri. Sebab, kadangkala anda yang memberi peluang itu untuk terjadi. Jadi, rajin2kanla jari tu untuk menuding kepada diri sendiri jika tidak pandai memilih pasangan.
Kerna, ramai lagi lelaki dalam dunia nie(walaupun semakin pupus)
Anyway, banyak musang berbulu ayam...So, pilihla itik. Sebab musang alergik dengan bulu itik.haha!
Wassalam!

Wednesday, February 23, 2011

Aku.Kau.Laen.Dunia.Penuh.Hipokrasi=KAU

Assalmualaikum...yarhhh!kembali lagi ku di persada ini. Hah,semenjak dua menjak tige menjak ini, ramai sgt yang cari pasal dengan aku. aku tak tau r nape. sebab, aku bukan jenis kacau orang. aku wat hal aku, kau wat hal kau. Takpela. Dunia aku dan dunia kau takkan bersambung, takkan bercantum. Kita sama, makan nasi dalam pinggan, cuma, aku aku, kau kau. Geddit? Pengajaran untuk aku, jangan kongsi sumer bende dengan orang, sebab bukan sume orang suke sesuatu yang lawak...dan, janganla jadi serius cam squidward, sbb orang xsuke kau yang serius lbey!haha! Dunia penuh hipokrasi...penting...

Friday, February 18, 2011

Sakit,Soket,Sikat....

Assalamualaikum....
huh...saya demam!
taw x pe rasenye bile anda demam?selsema+sakit tekak=demam...
taw?
sungguh tidak selesa,bukan?

dan bila anda sakit semasa berjauhan dengan family,
mule r rindu nak mak jage kite...
kn?
huuuuuuu....

tapi,jgn dilupa...
kita pon ade family sendiri di sini....
iaitu...
kawan2,sahabat handai,rakan taulan 
dan
musuh2...

jadi,janganla merengek bile sakit...
sebab anda ada keluarga yang akan jaga anda di sini...
thanks friends!
       "Truly great friends are hard to find,difficult to leave and impossible to forget"

Thursday, February 17, 2011

Ketandusan Idea...

Assalamualaikum...huh...da bpe ari ek aku tak wat post baru?(masih bajet orang bace post aku, bile nak sedar ntah). ini semua kerana aku ketandusan idea untuk menulis sebab beberapa sebab yang menyedihkan...tak perlu cerita kot. ape2pun,hidup mesti terus!hehe.ha,saep taw pe sebab kite cintakan seseorang e2?kalau jawab sbb baik,ensem or etc, korang salah...kalu korang cintakan seseorang itu, korang takkan tahu pe sebabnya korang mencintai dirinya. cinta itu datang tanpa kita sedari...jadi,hargailah apa yang korang ada sebab bila cinta itu pergi, susah untuk korang miliki kembali...wassalam...

Monday, February 14, 2011

Posto.Posto.Posto.

Assalamualaikum!
Ye!
Aku tukar cara rupa entri ku...
Haha!(gile glak sorang2)
Maulidur rasul sudah tiba.
Tapi, adakah kita menghayatinya dengan betul.
Bila dengar je Maulidur Rasul, mesti terlintas kat kepala korang(dan aku masih membajet orang bace blog aku)
tentang orang berarak ramai2 dan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Tapi,
pernah tak korang bayangkan diri korang di dalam gerombolan umat akhir zaman yang berarak dan memuji2 ke atas junjungan besar kita?
Kalau ade, bagusla...
Kalau xda, same2la kite fikir sendiri yea...
Bukan kena kuar duit pon ikut serta...
Dapat pahala taw...Silap2 dapat bihun dengan air teh o suam2 kuku. Haa, da lpas bfast da. jimat duit, kn?
So, same2 r kite menyambut Maulidur Rasul selagi ada kudrat di tubuh,roh di jasad dan iman di jiwa...
Wassalam...

Sunday, February 13, 2011

Sikap Atau Mentaliti...

Assalamualaikum...hurmmm...korang(cam de org laen bace) penah tak berhadapan dengan situasi tandas busuk di sekolah?musti pernah kan?huh...walaupun dicuci banyak kali, tapi still gak busuk...bukan salah ibu mengandung jika tandas itu busuk.di mana silapnya kita ni sampai kat sekolah pun tandas bau bacin sedangkan di situ lah tempat berkumpulnya golongan pemikir dan penentu masa depan negara...so,tandas itu cermin bagaimana akhlak anda...wassalam...

Friday, February 11, 2011

Pantang Tok Nenek Aku...

Assalamualaikum! Penah tak dengar ayat "pantang tok nenek aku"? Musti penah kn? selalunya di sebut dalam keadaan marah atau emosi kurang stabil. Hurm, so aku nak citer sket pe aku punye "pantang" plak... 1st sekali, aku tak suke orang yang suke gunekan kaki secara salah. Contohnya, suke tendang orang lain or cuit orang laen gune kaki. Tak ke kurang ajar namenye tu? Yang kedua, aku tak suke orang yang suke tunjal(tolak) kepala orang lain. Pe ko ingat bapak orang tu tak bayar zakat ke ape. Yang ketiga, typical Malaysian. Tak bertimbang rasa atas jalanraya. Suke2 je nak parking kat mane2, tukar lorong atau laluan sesuka hati dan sebagainya. Aku tak faham camne muke diorang boleh tebal cam tapak kasut parking tengah jalan dan terus berlalu begitu sahaja. Mentaliti orang kite tak sama macam orang Jepun or Korea(Jack:2011). Mentaliti kelas ketiga(Park Lee:2011). Bile nak berubah?wallahualam...wassalam...

Bincang malam...

Kadang-kadang malam2 nie bez jugak membincangkan benda2 yang takde faedah. Contohnya,sembang pasal kawan lelaki yang dibenci ramai kawan2 yang lain. Haa...kalau anda seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris Dengan Kepujian Semester 2 tahun 2011, pasti anda boleh tangkap dan bayangkan sape yang saya maksudkan. Si dia ni langsung tak sedar yang dia dibenci kerana sikapnya yang sungguh2 annoying. Haha!gelak sowang2 plak aku. Pe yang ana(amik arab tuk kos bahasa asing) nak tekankan di sini adalah tolong sedar anda tidak disukai bila orang sudah menjauhkan diri....dan juga lelaki turut kuat bergosip...haha!wassalam....

Maen belog!

Assalamualaikum! buah cempelak di lua pagar,amek itu galah tolonglah jolokkan, kalau itu cempelak bukan kite punye, janganla ambil...Baru wat blog.tengok owg laen wat,aku pon nak wat jugak. Cam bez je aku tengok owg laen tulis2 kat blog.(bajet cam banyak je idea nak tulis aku nie)anyway,tolong bagi petunjuk yea.Pada kawan2ku,jangan gelak aku de blog.Sukati aku la bro...wassalam...