Aku Bukan Superman

Tuesday, March 22, 2011

Assalamualaikum...
Hiyarghhhh!fuh!sedap menggeliat...
Hah!nak tulis pe pagi nie....
Yea2!
Taw dah! Aku nak tulis tentang aku...
Ramai yang anggap aku orang yang tak serius. Sebab aku suke gelak!Ya!hahaha!
Tapi...ketahuilah sesuatu. Selalunya apa yang aku cakap akan berkait dengan kehidupan.
Sebab?Aku suka melihat hidup dari sudut pandang yang lain.
Contohnya:

1. MARAH
    -Aku bukan jenis yang suke nak maki2 orang atau membentak sambil membaling barang2 yang ada di  sekeliling. Aku lebih suka mendiamkan diri atau senyum. Kalau aku membalas pun, mesti dengan cara yang lembut atau aku buat lawak.
2.  BERCAKAP
     -Aku selalu berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Jadi, mungkin aku lambat sikit(beberapa milisaat) untuk berkata-kata. Tetapi, aku manusia. Kadangkala akan terlepas cakap jugak.
3.  MENIPU  
     -Aku tak suke menipu. Sebab aku pegang prinsip “what you give, you get back”. Jadi, aku tak menipu untuk tidak ditipu.
4. PENGALAMAN
      -Banyak benda yang aku cakap berdasarkan pengalaman. Ayah aku, seorang peniaga di tepi jalan. Jadi, bila aku pergi membantunya, aku dapat kenal dengan ramai orang. Aku dengar macam2 cerita orang lain. Tetapi, masih ada orang yang wat muka bila aku bercakap berdasarkan pengalaman. Maybe die ingat aku menipu. Tidak mengapa. Macam biasa, biarlah dia dengan hidup dia...
Ok. Ini je kot orang patut tahu tentang aku.
AKU CUMA MAHU JADI LAIN DARI YANG LAIN!
WHY MUST WE FOLLOW THE SYSTEM WHEREAS WE CAN CREATE OURS?
ASSALAMUALAIKUM!

Monday, March 21, 2011


Assalamualaikum....

Dear blog...
Harini dalam kelas sociolinguistic,aku belajar tentang gender,age and politeness.
Dari pembelajaran aku, dikatakan wanita lebih "status concious" dari lelaki. Maksudnya,wanita lebih memikirkan tentang status berbanding lelaki. Jadi, bahasa yang digunakan lebih sopan berbanding lelaki. Kemudian, masuk satu topik yang agak menarik iaitu "language sexism". Ini berkaitan dengan bahasa yang digunakan sebagai perlambangan kepada wanita. Hurm,interesting...Satu yang menarik di dalam topik nie, wanita dianggap kurang sopan jika mereka menggunakan bahasa maskulin(lelaki). Dan aku terfikir, siapa yang beranggapan sebegitu? PULP! Mentol menyala. Aku taw! PEREMPUAN sendiri yang beranggapan bahawa jika seorang perempuan lain bercakap seperti lelaki, dia akan dianggap kasar. Contohnya, ibu anda. Dia orang pertama akan memarahi anda jika anda(wanita) bercakap kasar seperti lelaki. Bukan nak salahkan ibu mengandung, tetapi benda ini dah berlanjutan semenjak azali lagi. Di dalam agama kita sendiri mengajar begitu.Tujuan aku menulis benda ini bukan nak menyalahkan wanita, malah, aku sendiri suka wanita bercakap lembut. Kalau lelaki cakap lembut, seriau gak aku...Aku tulis sebab aku tak puas hati(asyik tak puas hati je aku). Kerana? Sesetengah pelajar PEREMPUAN di dalam kelas aku bersikap agak seksis kerana menganggap lelaki yang mengujudkan persepsi sebegini. Tolongla...Kita semua manusia, sama sahaja. Yang membezakan kita cuma jantina dan warna kulit(aku cerah sikit kot.haha!). Benda ni dah kolot serta tidak relevan lagi dalam zaman sekarang sebab lelaki atau wanita, status dah sama, bahasa pun sama jea. Jadi, jangan anggap lelaki yang mencipta persepsi bahawa wanita PATUT berbahasa lembut serta wanita lemah jika mereka berbahasa lembut... Renung-renungkan dan selamat beramal...
ASSALAMUALAIKUM!

Sunday, March 20, 2011

Matang+Mature=Dewasa

Assalamualaikum....Dear Blog...
Haha. Cam mengade-ngade jea. Arini aku nak tulis tentang menjadi matang dengan semua tindakan yang dilakukan. Dah bace entri sebelum nie? Kalau tak, g bace dulu. Baru ley faham. Setelah berfikir selama beberapa hari, jam, minit, saat serta milisaat, aku mula sedar perkara yang aku lakukan terhadap sahabatku tempoh hari agak kurang matang. Kerana, jelasnya niat beliau juga ingin bergurau namun disalah ertikan oleh aku sendiri. Lalu, aku sendiri telah memohon maaf daripada dirinya demi untuk menjernihkan persahabatan kami semula. Dan nyatanya, setelah berbincang dan menjelaskan kesemuanya, perkara ini cuma perkara remeh sahaja namun telah diperbesarkan. Tapi, masih ada pihak yang terus menerus menangguk di air yang keruh. Macam biasa ayat aku, "biarlah dia terus dengan dunianya"... Aku akan tetap teruskan hidup aku...Anyway, thanks kawan! Sahabat! Friends! Ape-ape je!

Lupe plak.. Aku sekarang suke wat video...kalau nak tengok, meh ushar2 kat fb aku. Klik kt video. Ade 3 xsilap aku. De idea nanti, aku wat lagi...
Baiklah... Sampai di sini sahaja warkah saya.
Nanti de lagi, saya tulis lagi ya!(cam indo plak)
Wassalam...

Wednesday, March 16, 2011

Tuu dia...Nasihat Sudah Mai!


Assalamualaikum...
Yarghh!
Idea sudah mari!hahahaha!(psiko)
Dan tidak seperti lazimnya di mana idea aku datang dari keadaan bersawai...
Kali ini idea aku datang dari seseorang...
Ianya bermula apabila tangan aku gatal menulis komen begini pada satu gambar sahabat : 
"kapel r lame2 sgt...borin nt...lalala~"
Dan lumrahnya aku jarang serius dalam apa yang aku perkatakan atau luahkan (except for this blog)
dan lalala~ itu simbol aku hanya bergurau...
Lalu,aku dibalas dengan statement yang berbunyi begini :
"jgn pcy ckp org2 yg kt cpl lme2 tue boring.tue tndenye die cpl xiklas,
xspnuh ht,n hny nk sronok2 jer bkn nk bw hubgn tue jd hubgn yg HALAL ..klu da hlal 2 kan lbih bmkne .."
Lalu aku tertawa...bunyinya begini : 
HAHA!
Bak kata salah seorang memberku Syukrina(bukan nama sebenar)
Capital CAPS LOCK h.a.h.a
Okey...sambung balik...
Aku bukan manusia yang tidak boleh menerima pendapat atau nasihat orang lain...
TETAPI,
Aku tak suke orang yang menganggap sesuatu yang seharusnya FUNNY,
SERIUS! 
Itu dia!
Untuk pertama kalinya aku menulis entri dalam keadaan yang MARAH! 
Dan sedikit terkilan...
Kerana sepatutnya dia tahu aku ni orang yang bagaimana sebab dia merupakan salah satu kawan rapat aku... 
Tapi,
tak mengapalah...sebab entri aku sebelum ini pun tentang memahami sesama kita...
Jadi,mungkin dia xfaham aku lagi seperti dulu...
Anyway,best of luck my friend!
Harapnya kau akan jadi manusia yang geliga atau mejadi kaunselor yang berjaya...
If God will...Insyallah..
Salam Sayonara dari sahabatmu yang selalu cuba memahami hati kamu yang beku... 
Adios...eh,wassalam... 

Monday, March 7, 2011

Lelaki Versus Wanita


Assalamualaikum...
Hah!dpt dah idea!
sedang termenung di dalam jamban,aku terfikir tentang dua jantina ini
(di mana aku adalah salah satu dari jantina tersebut)
aku ni ramai kawan perempuan dan banyak pengalaman dengan perempuan.
jadi, aku sering berhadapan dengan situasi di mana apa yang dituturkan oleh seorang perempuan akan di salah ertikan oleh sang lelaki.
contohnya, perempuan itu berkata "saya suka gaya awak".
Akan tetapi.sang lelaki akan menganggap dialog itu begini "saya suka awak dan nak jd gf awak".
Dalam situasi begini,siapa yang patut dipersalahkan yea? 
Lelaki?
Atau Wanita?
Adakah wanita sering mengeluarkan ayat yang mengelirukan sehingga mereka digelar kaum yang sukar di fahami?
Atau si lelaki yang sering menyalahertikan kata2 si wanita?
BUkan nak salahkan sesiapa, tapi perkara ini kadangkala agak merimaskan bila si lelaki asyik perasan sedangkan niat perempuan itu lain. 
Jadi, apa kesudahannya?
Yang lelaki terus perasan, yang perempuan pulak perasan yang lelaki itu perasan...
Geddit?
Ape2pun, aku suka ayat ini...

Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu,
Mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi,
Bahwasanya kamu memang tiada daya dan upaya,
Serta kekuatan untuk melenturkan kebenaran yang sejati.

Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita?
dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda,
Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghomati?
Bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata... 

Thursday, March 3, 2011

Ketika Kecilku...


Assalamualaikum...hehe.dh de 6 follower (bangge2). Hurm, sedang aku lepak2 tadi,tibe2 tringat zaman aku kecik2 dulu. Tibe2 je rindu plak. Tringat mase mandi parit dpn umah arwah tok wak(umah atuk aku) walaupn air parit 2 xbpe bersih. Hehe. Sungguh bahgia saat itu sebab xda pon nak fikir pasal ape2 yang merunsingkan fkiran. Sebagai contoh, assignment yang berlambak tanpa ada idea nak mulakn camne atau duit yang semakin kekurangan tapi perot lapar ataupon nak dapat pointer 3 ke atas. Pening kan? Nyatanya aku merindui zaman itu. Zaman mak aku suap aku makan walaupun sekadar nasi, kicap dan ikan kembung goreng. Itupun dah cukup sedap bagi aku sebab dapat rasa tangan mak yg suap. Sesungguhnya, aku rindu mak aku dan family aku...(bergenang air mata)...itu jela..da xley nak tulis,nanti aku nangis plak...wassalam...