Aku Bukan Superman

Thursday, June 30, 2011

Adapun Ianya Boleh Dikira Yang Atas Pijak Yang Bawah...

Assalamualaikum...
Yeahhh!Dah lame tak menaip kat sini!
Nak kata bz,xpon...tapi mungkin xda mood nak menaip...
Bak. Arini,aku nak menulis tentang sesuatu yang aku cukup tak puas hati...
Tentang asrama...
Aku telah diekejutkan dengan berita bahawa aku tak dapat duk dalam taun depan...
Shit!(dengan izin)
Lalu, aku menelepon pejabat asrama untuk mendapatkan alasan.
Dan untuk memberitahu bahawa aku telah mendaftar di pejabat asrama
(sepatutnya daftar online tapi aku ade denda yang masih tak dimansuhkan)
Dan dengan selamba gajah je perempuan(aku bukan seksis) yang menjawab telepon ku tadi menyatakan begini
"kalau macam tu,awak memang tak dapatla asrama"
yang aku tak puas ati,die langsung takde usaha pun untuk mengenalpasti mengapa perkara ini berlaku...
Lalu,aku menulis surat rayuan(yang masih tiada jawapan hingga ke hari ini)
Aku meneliti laman portal pelajar milik ku...
Dan,aku mengesan bahawa denda yang dimaksudkan,yang menghalang aku mendaftar secara online,telah aku bayar semasa pemotongan ptptn dibuat.
Dan,mereka tidak memansuhkan denda itu dari sistem mereka.
Dan itu perkara 4 bulan yang lepas!!!!
Bodoh!(dengan izin)
Dan mereka menyalahkan aku kenapa tak bayar denda yang menghalang aku untuk mendaftar secara online...
Tapi,apakan daya.Mereka di atas,aku di bawah.
Moga berkatlah gaji yang mereka dapat setiap hari...
Assalamualaikum...


Saturday, May 21, 2011

Agak Desperate Kelihatannya Di Situ...

Assalamualaikum...
Setelah genap 2 minggu aku balik ke kampung halaman, baru hari ni aku dapat idea menulis.
Ianya tentang 
"Membuatkan Diri Anda Kelihatan Desperate For Love Dengan Status-status Tentang Cinta Dan Mengutuk Orang-Orang Yang Bercinta Sedangkan Kau Sendiri Tak Pernah Bercinta"
Panjangnye tajuk aku..
Anyway, aku menulis ni di sebabkan aku perasan (noticed,bukan diriku yang perasan)
Ade seseorang di laman sosial Fesibuk asyik la mengeluarkan status tentang tajuk yang aku tulis di atas.
Bagi aku, ia nampak amat terdesak untuk menutup rasa malu atau rasa rendah dirinya.
Ok.Memangla Itu hak masing-masing. Tapi kalau diulang beribu kali,nampak desperado,kan?
So,fikirla sendiri.
Nak tulis,tulisla.
Tapi, aku akan tetap fikir kau DESPERATE!
Sekian...
Wasssalam...

Monday, May 16, 2011

Kerja Kosong...

Assalamulaikum...
Ni aku nak ceriter sket.
Aritu, aku ditawarkan kerja di sisi (cybecafe).
Tapi, dengan syarat. Aku kerja 12 jam n takdak cuti.
Aku pun "gulp"...
N reject tawaran itu.
Sekian. Habis.
Hahahah!
Moral? Aku takda idea nak tulis blog.
Hahaha!

Thursday, April 14, 2011

Durian Bukan Hipokrit....


Assalamualaikum...!
Dia mai dah!hahaha!
Malam tadi seronok menghabiskan masa dengan bermain game dengan senior...
Tapi yang xbeznya aku kalah.
Tapi,aku menang balik.hahah!
Urm...sudah dengan itu.
Study week dah mula.Tapi study xmula2 jugak.Haha.
Nape aku asyik gelak nie...
Anyway,semalam kua g pasar malam.
De la sorang kawan aku beli durian.
Syukrina (bukan nama sebenar) telah membeli durian di sini dengan harga 5.50 sekilo.
Dalam otak aku berfikir(mak aih,mahalnye)
tapi mungkin bagi di sini harganye munasabah.
sebab tempat tinggal aku,memang sampai je musim durian buah tu boleh jadi 1ringgit je sbijik.
50sen pon boley...
Ok.dah cerita pasal durian.
Nak cerita pasal kehidupan pulak.
Aku tertanya-tanya...
Satu benda ni yang selalu dipili sebagai benda yang paling dibenci wanita
Kenapa manusia perlu hipokrit?
Sebab,di sekeliling aku dapat aku lihat ramai manusia yang hipokrit.
Depan perempuan,buat2 macho.
Pastu,sebab perempuan jugak dia menyusahkan orang lain.
eh,bhai!
Ko kalau nak impress pempuan tu pon,xyahla nak susahkan orang lain.
Ikut ati aku,nak je aku lihat tapak kakiku di mukamu.
Tapi,aku orang yang penyabar.
Sabo je laaa...
Nasihat untuk para lelaki
Anyway,kita tak perlu nak jadi hipokrit untuk buat seseorang itu kagum dengan kita.
Juz be urself...
Aku tipula kalau kata aku tak pernah hipokrit.
Tapi,biasanya aku cuba untuk ak hipokrit.
Tak caye tanya orang yang kenal aku.
Aku takda nak cover2 depan perempuan or depan bakal mak mertua.
Aku selamba je buat lawak kurang bijak depan diorang.
HAHA!
aku gelak lagi...
panjang dah aku tulis nie.
Ok.Cukup sudah.
Sampai bertemu lagi.
Assalamualaikum!

Thursday, April 7, 2011

Pheww!


Assalamualaikum...
Good morning world!
Setelah berhempas pulas(tak bape sangat pun) selama beberapa hari,
Akhirnya!
assignment group siap juga...hahak!
Tapi...
Aku sikit tak puas hati...
Bukan dengan orang,
Tapi dengan diri aku sendiri...
Bukan ape,aku rase aku tak cukup menyumbang di dalam assignment semester ini.
Segan pun ade...
Hurm...
Entahlaa...
Ok,cukup tentang study...
Ini hal laen pulak.
Aku nak tanye pendapat la...
Kalau la ade orang yang bersalah pada korang,korang rase mana yang lebih baik?
a) Bagitau terus pada diorang
b) Lancarkan Perang Dunia Ketiga
c) Lancarkan Perang Dingin Kedua
d) Make2 dono jea
e) Semua di atas
Adela sorang kawan aku ni menghadapi masalah begini.
Satu pihak telah melancarkan Perang Saraf terhadapnya tanpa dia mengetahui ape kesalahan yang telah die lakukan.
Eh,keymon r,keymon!
Masing2 dah besar kot...
Matang r sikit.
Ada masalah,bincang same2.Bukan memulaukan orang lain tanpa sebab.
Itu perangai budak tadika bhai!
Pastu duk maki2 orang sesedap rasa...
Kalau r mak mertua dengar mulut kau camtu,
rasenye dia pon cancel walaupun kawen free...(paham2 la yea)
Anyway,tak nak tuding jari pada sesiapa.
Sedar-sedar la sedikit,akal yang ada jangan tak guna...
Hati yang hitam,jangan biarkan legam...
Same2 renungkan,dan selamat beramal!
Assalamualaikum...!

Friday, April 1, 2011

Lelaki Versus Wanita 2


Assalamualaikum!
Hye...Dear blog...
Setelah lama xjenguk blog aku nie,
Tergerak hati nak bukak.
Lalu,terpandang satu pesanan yang berbunyi,
“update lah!”
Ha,ni aku update lah...haha.
Semalam,wat yang Rm3 kol n msj free 2.(Kelkom)
Lalu.aku kol si dia.Puas ati dapat bercakap dengan yang tersayang.
Aku dan dia mengulang semula saat2
aku dan dia masih belum bercinta,baru2 bercinta dan macam2 lagi...
Setelah lama berbual, baru aku sedar si dia sudah lama membuka peluang pada aku,
Tapi aku yang sengaja wat2 xsedar...hehe.
Bahagianye rase.haha!
Ok. Cukup tentang aku.
Nak cerita sikit ni.(ayat skema)
Nak tanya sang wanita...
Apa pandangan anda jika seorang lelaki yang dah berpunya a.k.a ber”couple”
Rapat dengan wanita laen?
Setakat ini, gelaran yang biasanya sudah pasti lelaki itu dapat ialah
PLAYBOY
MAIN KAYU TIGA
CURANG
Tapi, kenapa ye?
Adakah istilah “couple”itu melarang seseorang daripada dia berkawan.
Keadaan ini jarang berlaku kepada wanita kerana lelaki akan berlagak cool atau macho 
dan tidak mahu dianggap mengongkong jika 
dia melarang kekasihnya rapat dengan lelaki lain(padahal dalam ati macam nak meletop)...
Jadi, sesiapa yang baca entri ni..
TOLONG BAGI JAWAPAN
Sebab aku nak sangat tahu kenapa...
Erm,ini je lah kot...
OK X CIK RAP RUP?
Hehe.Babai!
WASSALAM...

Tuesday, March 22, 2011

Assalamualaikum...
Hiyarghhhh!fuh!sedap menggeliat...
Hah!nak tulis pe pagi nie....
Yea2!
Taw dah! Aku nak tulis tentang aku...
Ramai yang anggap aku orang yang tak serius. Sebab aku suke gelak!Ya!hahaha!
Tapi...ketahuilah sesuatu. Selalunya apa yang aku cakap akan berkait dengan kehidupan.
Sebab?Aku suka melihat hidup dari sudut pandang yang lain.
Contohnya:

1. MARAH
    -Aku bukan jenis yang suke nak maki2 orang atau membentak sambil membaling barang2 yang ada di  sekeliling. Aku lebih suka mendiamkan diri atau senyum. Kalau aku membalas pun, mesti dengan cara yang lembut atau aku buat lawak.
2.  BERCAKAP
     -Aku selalu berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Jadi, mungkin aku lambat sikit(beberapa milisaat) untuk berkata-kata. Tetapi, aku manusia. Kadangkala akan terlepas cakap jugak.
3.  MENIPU  
     -Aku tak suke menipu. Sebab aku pegang prinsip “what you give, you get back”. Jadi, aku tak menipu untuk tidak ditipu.
4. PENGALAMAN
      -Banyak benda yang aku cakap berdasarkan pengalaman. Ayah aku, seorang peniaga di tepi jalan. Jadi, bila aku pergi membantunya, aku dapat kenal dengan ramai orang. Aku dengar macam2 cerita orang lain. Tetapi, masih ada orang yang wat muka bila aku bercakap berdasarkan pengalaman. Maybe die ingat aku menipu. Tidak mengapa. Macam biasa, biarlah dia dengan hidup dia...
Ok. Ini je kot orang patut tahu tentang aku.
AKU CUMA MAHU JADI LAIN DARI YANG LAIN!
WHY MUST WE FOLLOW THE SYSTEM WHEREAS WE CAN CREATE OURS?
ASSALAMUALAIKUM!