Aku Bukan Superman

Wednesday, March 21, 2012

Kehilangan Memedihkan...

Assalamualaikum...
Minggu lepas, aku telah kehilangan seorang ahli keluarga.
Pakcik aku.
Arwah Raja Hasannudin bin Raja Aznam.
Dan dia bukan sekadar pakcik kepada aku, tetapi juga ayah angkat aku semenjak kecil.
Sepanjang hidup aku, tak pernah aku rasa amat-amat sedih namun bila dia pergi, aku rasa hiba.
Kerana?
kerana aku mengenangkan kembali apa yang arwah sanggup lakukan demi darah dagingnya, termasuk anak-anak saudaranya.
Ingat lagi aku. Arwah beli ikan sembilang/semilang. Kat kampung, asam pedas merupakan makanan utama.
Jadi, ikan tu memang sesuai.
Tapi, aku memang tak makan ikan jenis camtu sejak kecil. Jadi, aku Tanya pada mak, apa yang aku nak makan. Bukan komplen,tapi sekadar bertanya.
Tanpa aku duga, arwah dengar.
Dia tanya, dan mak jawab kenapa aku tanya camtu pada mak.
Lalu, arwah cakap dia nak tukar ikan tu kat pasar.
Dia keluar je dari kawasan rumah atuk aku, dia eksiden.
Nasib baik tak teruk.
Yang Kedua.
Hari raya.(biasanya aku dapat jumpa arwah masa aku balik kampung hari raya)
Mercun-mercun sepupuku dirampas polis bantuan yang menyamar polis betul.
Arwah marah. Marah benar. Katanya tiada siapa boleh buat anak-anak saudaranya begitu.
Keesokan harinya, arwah ajak aku dan sepupu keluar mencari buluh.
Buluh Meriam.
Dan dia yang paling beria-ia menyiapkan meriam itu, untuk anak-anak saudaranya.
Masa beliau meninggal, baru aku sedar banyak pengorbanan yang arwah lakukan.
Dan aku tidak dapat datang untuk menyembahyangkan jenazah arwah.
Kejam bukan aku?
Arwah sanggup lakukan apa saja.
Tapi aku?
Al-Fatihah.

3 comments: